“Buat cantik je, baik jadi lembu…” – Pengantin Terkial Urus Diri Sendiri, Bridesmaid Semua Tak Ada ‘Function’

Semua pun tahu, zaman sekarang ni memang kebanyakan pengantin akan ada bridesmaid yang dipilih dalam kalangan keluarga atau kawan rapat.


Sementara ada yang kurang setuju dengan trend ni, tapi ada juga yang berkata ianya relevan kalau bridesmaid tu semua ringan tulang dan ada tugas masing-masing untuk bantu pengantin. Antara tugas bridesmaid ni selalunya macam tolong pegang telefon pengantin, tolong sambut tetamu dan paling penting ada dengan pengantin perempuan setiap masa.

Gambar hiasan

Tapi, seorang jurumekap atau lebih femes dipanggil MUA, baru-baru ni ada kongsi pengalaman yang dia nampak sendiri macam mana bridesmaid customer dia tahun lepas tak membantu langsung!
Menurut Intan, 24, pengantin tu sampai kena uruskan diri sendiri, terkial-kial mencari barang keperluan sebab semua bridesmaid ‘lepas tangan’.
“Aku ada mekap orang suatu masa dahulu ya gais, pengantin duduk bilik tu sorang. Terkial lah nak cari tisu nak lap air mata. Bila aku minta crown, terkial cari crowndengan tangan masih berinai. Padahal tadi aku nampak ramai je geng boria bridesmaids dia.”




Sumber: Twitter

Korang tau tak, rupanya semua geng bridesmaid tu boleh tinggalkan pengantin sorang-sorang sebab nak pergi breakfastCehhh! Sebab tu, Intan pesan supaya kepada bakal pengantin untuk pilih barisan bridesmaid yang memang berguna, bukan setakat untuk cantikkan gambar je. Betul tu!

Sumber: Twitter

Yes, sebenarnya ramai je bridesmaid yang ada ‘function’, make sure yang dorang sentiasa bersama dengan pengantin dan jalankan tugas masing-masing. Inilah baru kawan yang baik!

Sumber: Twitter

Menurut mStar, Intan sendiri ada jelaskan yang tugas pengapit cukup sekadar untuk memudahkan pengantin dan bukannya perlu bekerja seperti orang gaji.
“Sepatutnya pengapit membantu pengantin pada hari bersejarahnya, bukan datang untuk mencantikkan gambar sahaja.
“Pengantin perempuan mestilah berdebar nak tunggu detik pernikahan. Jadi, peranan pengapit adalah untuk menemani dan menenangkannya.”

Gambar hiasan

Intan juga ada kata, semua masalah boleh dielakkan kalau kedua-dua pihak pengantin dan bridesmaid communicate dengan baik sebelum majlis berlangsung.
“Banyak benda yang pengapit boleh tolong. Contohnya, jagakan telefon bimbit pengantin atau ambilkan barang sedikit-sedikit ke… benda-benda macam itulah yang boleh mereka lakukan.
“Bukan tinggalkan pengantin seorang diri tanpa bantuan. Saya sendiri terkejut bila pengapit cakap mereka nak keluar bersarapan dan siap cakap nak jumpa pengantin terus di dewan sahaja nanti.
“Bukan seorang sahaja, tapi semua pengapit hilang. Saya pula yang kena tenangkan pengantin kerana dia tidak dapat kawal perasaan.”
Kalau korang jenis rasa malas nak buat kerja and nak melawa atau cantikkan gambar je, tak payah la jadi bridesmaid.