Sajat Nak Ke Tanah Suci, Doakan Yang Baik Baik Untuk Dia

Jika anda mengikuti perkembangan usahawan kosmetik Nur Sajat di Instagram, baru-baru dia berkunjung ke negara Lubnan dan Paris dan selepas ini Sajat memberitahu dia akan ke negara Mesir pula.
Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya itu rata-rata netizen bertanyakan bilakah agaknya Sajat akan berkunjung ke tanah suci kota Mekah memandangkan dia berkemampuan untuk menunaikan haji atau umrah.

Nampaknya segala persoalan netizen mengenai perkara tersebut akhirnya terjawab. Menerusi Instagram Story, Sajat memberitahu bahawa dia akan ke tanah suci tidak lama lagi. Dalam masa sama, Sajat turut meminta agar orang ramai mendoakan yang baik-baik untuk dirinya.

Selepas mendengar tentang perkhabaran tersebut, ramai yang mendoakan semoga Sajat memperoleh ibadah yang mabrur. Apa pun, kita doakan yang baik-baik saja untuk Sajat.
Moga diberi hidayah untuk Sajat dan Kita semua agar lebih baik dan berubah ke arah yang di redhai Allah. Aamiin