Tindakan seorang gadis memuat naik
beberapa keping gambar ‘pose’ berhijab sambil mengangkang di laman
sosial mengundang kemarahan netizen.
Lebih parah lagi apabila salah satu
gambar tersebut disertakan dengan keterangan ‘berani mati’, “Nasi
kangkang nak?” membuatkan pengguna media sosial tidak teragak-agak untuk
mengecam dirinya.
‘Nasi kangkang’ merupakan sejenis ilmu
hitam yang digunakan oleh wanita untuk menundukkan suami atau lelaki
tertentu, yang hukumnya haram di sisi agama Islam.
Bagaimanapun, keterangan gambar tersebut
telah dipadam dan ditukarkan dengan emoji, malah ruangan komen pada
gambar tersebut di Instagram telah ditutup.
Gadis itu atau lebih dikenali sebagai
Yaya tampil menjelaskan dia tidak menyangka dirinya akan diserang
netizen kerana apa yang dilakukannya itu hanyalah untuk tujuan
‘suka-suka’.
Duta produk kecantikan berusia 19 tahun
itu bagaimanapun mengakui gambar-gambar dengan aksi mengangkang itu
dianggap tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini.
“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka
muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung)
menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?
“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi
kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran
netizen,” katanya kepada mStar Online.
Yaya yang berasal dari Kuala Terengganu ini berkata, akibat gambar kurang sopan itu, dia turut dimarahi keluarganya.
Bagaimanapun anak kedua dari tiga beradik
ini mempunyai alasan tersendiri berhubung tindakan tersebut dan
terpulang kepada masyarakat untuk menilainya.
Mengenai keterangan gambar yang telah
dipadam, Yaya berkata, ia dibuat selepas ditegur majikannya selain tidak
mahu kekecohan terus berlaku di media sosial.
“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh
netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh
usahawan-usahawan yang berjaya,” katanya.
Dalam pada itu, model sepenuh masa ini turut mempertimbangkan untuk memadam semua gambar ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya.
“Saya okay saja apa orang nak kata tapi
terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya
yang menjadikan jutawan komestik, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman sebagai
idolanya di atas kejayaannya dalam bidang perniagaan. Sumber:kisahviral