(Video) JDT Muncul Juara Liga Super 2017 Biarpun Tewas Kepada Selangor Terima Kasih Kepada Pahang



Pasukan JDT (Johor Darul Takzim) muncul juara dalam Liga Super 2017 biarpun pasukan itu tewas kepada Selangor dalam perlawanan menentang Selangor di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

JDT turun ke dalam perlawanan itu dengan hanya memerlukan satu mata sahaja bagi mengesahkan kejuaraan kali keempat berturut-turut mereka dalam liga terbabit.

Perlawanan mendebarkan itu menyaksikan Red Giants mengalahkan JDT 2-1 hasil jaringan Amri Yahyah dan Andik Vermansah di separuh kedua perlawanan.

JDT pula berjaya mengumpul satu gol hasil jaringan Insa di separuh pertama perlawanan.

Biarpun tewas , JDT tetap muncul juara berdasarkan kiraan mata terkumpul apabila Pahang menewaskan Kedah di Darul Makmur.

Dalam pada itu , rakaman video yang memaparkan pasukan JDT bergembira menyambut gelaran juara itu dimuat naik di Twitter.