Hadiahkan PS2 Dibalas Dengan Kereta Honda 15 Tahun Kemudian



15 tahun lepas , seorang lelaki menghadiahkan sebuah PlayStation 2 kepada dua orang anak saudaranya , namun ia tidak mengharapkan sebarang balasan.

Ketika itu , lelaki pemurah itu menghabiskan kesemua gaji bulannya yang berjumlah US$400 (RM1 ,713) untuk membeli hadiah tersebut.

15 tahun kemudian , lelaki itu dihadiahkan sebuah kereta oleh salah seorang kanak-kanak itu yang kininya sudah berusia 24 tahun dan mempunyai bisnes yang berjaya.

Steven Ng , seorang usahawan di Kickstarter , berjaya meraih US$400 ,000 (RM1.7 juta) dengan menjual jam mewah serta barang-barang lain.

Susulan kejayaan itu , Steven dan adiknya membelikan kereta Honda kepada pakciknya sebagai tanda terima kasih.

"Ia merupakan satu hadiah(PS2) yang sangat mengujakan kerana kami tidak dapat apa-apa mainan dikala membesar." tulis Steven.

"Dia menghabiskan semua wang gajinya sebanyak US$400 (ya , kami sangat miskin dikala itu) semata-mata untuk menyebarkan kami gembira.

"Kami berjanji untuk membalasnya dan hari ini kami belikan ia sebuah SUV." tulis Steven di Facebook.