Cara Menurunkan Berat Badan Yang Betul. Ramai yang ingin mendapatkan berat badan yang langsing dan cantik. Berat badan yang berlebihan bukanlah isu tidak cantik tetapi lebih kepada kesan kepada kesihatan.
Tahukah anda apa yang dikatakan berlebihan berat badan? berlebihan berat badan jika Indeks Jisim Tubuh (BMI) anda adalah di antara 25.0 kg/m2 hingga kurang daripada 30.0 kg/m2. Sudahkah anda mengira BMI anda? Anda boleh ikut formula di formula kiraan BMI ini.
Bagaimana cara menurunkan berat badan
Sebaiknya jumpalah mereka yang pakar dahulu. Jangan terlalu mengikut sangat trend menggunakan produk tanpa memahami kesesuaian dan keperluan badan anda. Runding dengan doktor anda untuk mengenal pasti dan mengatasi masalah perubatan, biologi atau masalah psikologi yang menyebabkan masalah berlebihan berat badan. Runding dengan pegawai pemakanan atau pegawai diet dari klinik atau hospital untuk mendapatkan nasihat cara menurunkan berat badan secara sihat dan selamat.
Makanlah mengikut saranan daripada Piramid Makanan Malaysia. Banyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh. Jangan hindar terus sumber gula dan lemak kerana ini boleh meningkatkan keinginan anda untuk makan. Selain itu, tubuh badan anda juga memerlukan nutrien yang terdapat dalam lemak dan karbohidrat.
Ini paling penting dan tidak boleh ditinggalkan. Lakukan senaman dengan konsisten. Mulakan dengan berjalan beberapa minit dan perlahan-lahan tingkatkan jangka masa senaman sehingga 45-60 minit sehari setiap hari. Jika anda belum pernah melakukan senaman, dapatkan nasihat daripada doktor anda terlebih dahulu.
Dapatkan sokongan daripada keluarga, rakan-rakan dan kumpulan sokongan. Anda sememangnya memerlukan motivasi untuk mencapai objektif. Sokongan sudah pasti memberi semangat kepada anda untuk terus berusaha menurunkan berat badan.
Anda perlu ingat bahawa cara menurunkan berat badan diatas memerlukan masa yang panjang. Tidak semua anda impikan dapat sekelip mata. Penurunan berat badan yang sihat dan realistik memang mengambil masa. Kehilangan ½ kg seminggu mungkin tidak memotivasikan anda, tetapi jika terlalu cepat berat badan diturunkan, anda akan membuat diri anda lapar dan akhirnya anda akan makan lebih banyak.