Pemergian seorang pemuda, Allahyarham Khairul Riduan pastinya menjadi detik perit dihadapi keluarga, sahabat bahkan mereka yang membaca tentangnya. Menderita kanser usus sejak setahun yang lalu, penderitaan Khairul akhirnya tamat pada 5.27 pagi semalam di hospital.
Dikenali dengan sifat yang ceria, ramah, soleh dan suka membantu, rata-rata sahabat arwah meluahkan rasa hiba dan berkongsi kenangan terakhir bersama beliau ketika menyertai program-program bersamanya.
Salah seorangnya ialah Hikmatul Islam yang berkongsi mesej terakhir bersama arwah. Sungguh, beliau cukup positif walaupun sedang menderita penyakit yang berat.
Semalam dapat berita dia sudah nazak. Saya hanya mampu menangis sambil berdoa dari jauh.
Saya benar-benar rasa tak sedap hati. Tak dapat tidur lena, sampai wajah dia asyik terbayang dalam fikiran.
Bangun tahajud tadi lebih kurang jam 5.05 pagi, buat solat hajat khusus untuk dirinya sambil berdoa,
“Ya Allah, kami semua mengharapkan kesembuhan dan keajaiban untuk Khairul.
“Tapi jika kematian itu lebih baik dan lebih cepat dia masuk syurga-Mu, maka permudahkanlah saat sakaratulmaut datang menjemputnya dengan penuh rahmat kasih sayang-Mu.”
Tiba-tiba dapat mesej,
إنا لله وإنا إليه راجعون
“Saudara Khairul Riduan telah kembali pada Allah jam 5.27pg sebentar tadi. InsyaAllah keampunan dan syurga baginya.”
Air mata tak dapat ditahan lagi. Sedih, sebak semua bercampur gaul.
Mesej-mesej terakhir saya dengannya, masih saya tak putus bagi kata semangat pada dia di bulan Ramadhan lalu sehingga bulan Ogos.
Tengoklah apa yang dia balas,
- Sentiasa senyum, senyuman penuh redha untuk sakit yang ALLAH kirimkan padanya.
- Dia sudah dapat “rasa” masa dia dah tak lama untuk bertahan tapi tetap tersenyum positif
Allahurabbi! Susah nak jumpa orang macam arwah. Banyak saya belajar darinya.
Ya Allah, kami semua sayangkannya tapi Engkau lebih menyayanginya.
Kami semua bersaksi, untuk semua kebaikan arwah, dia orang yang sangat-sangat baik, sangat menyenangkan, menghiburkan, memudahkan urusan, disayangi dan disegani oleh semua orang.
Usia yang masih muda, 27 tahun, sedang buat master, tapi penuh amal soleh dan kebajikan, aktif bantu agama Allah.
Hari ini Allah mudahkan kematiannya, setelah beberapa bulan menanggung sakit kanser usus tahap 4 tetapi itulah penghapus dosa dan penaik darjat untuknya.
Wajah yang putih bersih, penuh senyuman redha dan ikhlas sungguh dirimu “insan terpilih.”
Insha allah, husnu khatimah buat arwah Khairul Ridwan dan bidadari syurga sedang menantinya. Bahagia dan damailah di sana…
Sementara itu, ramai sahabat lain turut meluahkan kesedihan mereka dan berkongsi detik kenangan bersama arwah.
“Kami jarang berjumpa, tapi kalau jumpa Khairul yang paling peramah dah macam kenal 10 tahun. Selalu tanya khabar.”
“Saya tak pernah jumpa beliau, tapi Allah gerakkan hati untuk datang.”
“Dua kali solat jenazah kerana jemaah terlalu ramai. Semoga Allah kurniakan syurga buatmu sahabat.”
Ribuan sahabat datang menziarahi sepanjang 8 bulan dia diuji, dia tetap tersenyum riang dan beramah mesra
Semoga kisah dan akhlak allahyarham Khairul menjadi inspirasi kepada kita agar sama-sama dapat mengejar husnul khatimah. InsyaAllah.
اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
Source: Siakapkeli