Resepi Sandwich Viral

Resepi untuk 2 bundle roti yg besar ye

Bahan2:
10 bj telur direbus dan dilecek
1 senduk mayonaise
1 sudu teh lada sulah ajishio

Cara:
1. Campur semua sekali dan gaul sebati.

Bahan sampingan:
Tomato dipotong bulat
Salad (Ikut suka nak guna salad pokok atau salad biji@bulat)

Cara melapis:
1. Sapu roti dengan mentega.
2. Ambik sekeping roti, letakkan tomato
3. Letakkan sesudu bumbu bancuhan twlur dan letak atas tomato tadi dan ratakan.
4. Letakkan sekeping salad di atas bancuhan telur dan last sekali letakkan roti.
5. Potong serong 2&4. Siap.

*susunan roti: roti, tomato, bancuhan telur, salad, roti.

Potong serong 4 dan masukkan dlm paper cup atau potong 2 serong.

Yang ni Nanie potong serong 2. Letak dlm bekas sandwich yg 3 segi. Jual RM2 satu

Korang nak tambah atau crab stick tu boleh jugak. Celur dulu sosej dan crab stick tu, potong kecil dan gaul sekali dlm bancuhan telur. Upkan sikit harga jualan.

Selamat mencuba korang. Semoga sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang ingin mencari pendapatan sampingan. Boleh jual kat rakan kat opis, kat jiran2. Kalau rajin memang boleh buat duit.

Credit: Nanie

resepimudahxyz.blogspot.com