Gambar Seksi Mila Jirin Dalam Tab Mandi. Netizen Terkejut!!

Gambar Seksi Mila Jirin Dalam Tab Mandi. Netizen Terkejut.Kecomelan Mila Jirin apabila sudah berhijab ini sememangnya sering mencuri perhatian media. Walaupun agak senyap daripada dunia hiburan sejak kebelakangan ini, Mila baru-baru ini, telah menyertai AF Megastar Diastro namun tidak dipilih untuk menjadi 12 peserta akhir.Gambar Pose Dalam Tab Mandi.

Terbaru menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik oleh seorang pereka fesyen tempatan ini menjadi hangat diperkatakan. Gambar tersebut menyaksikan Mila sedang bersandar di dalam tab mandi dengan pose sensual.Mila mengenakan busana berwarna coklat gelap dengan kain terbelah sehingga menampakkan kakinya. 

Sekali pandang ternyata nampak seksi, lagi-lagi Mila tampil dengan imej muslimah . Namun sebenarnya, pandangan mata netizen yang terkeliru apabila Mila memakai seluar yang seakan-akan seperti warna kulit.KecamanGambar ini mengundang kecaman dari netizen dengan mendakwa pakaian itu tidak sesuai dengan imej Mila. Ya! mungkin peminat keliru dengan seluar yang dipakai, jadi Mila terlihat agak seksi.
Jika difikirkan secara positif, pakaian ini tidaklah salah di mata Hangat.com, kerana masih menutup aurat cuma mungkin cara penggayaannya yang kurang sesuai.Dalam perkambangan lain, difahamkan gambar ini tidak dikeluarkan di dalam majalah, sekadar dijadikan simpanan untuk pereka fesyen itu. Mila kini sibuk mengembangkan sayap kejayaannya di dalam empat cabang perniagaan yang kini diusahakan bersama suami, Isz Mustapha