Jika anda jenis yang suka menyimpan dan menggunakan span cuci pinggan sehingga hitam lebam , anda mungkin perlu berfikir semula moral itu kerana satu kajian terbaru oleh pengkaji Jerman berkata alat pembersih itu mungkin menjadi rumah kepada 5 trillion kuman.
Pengkaji itu mengkaji menggunakan 14 span dapur yang sudah digunakan oleh penduduk di selatan barat Jerman dan mendapati alat itu dipenuhi dengan bakteria.
Kata kajian itu juga , perjuangan untuk membersihkan span yang sudah tercemar itu mungkin hanya akan membuang masa , jadi cara terbaik yakni dengan menukar alat itu seminggu sekali.
Malah , memanaskan guna mikrowave atau air panas hanya berkesan membunuh sedikit dari kuman-kuman di dalamnya.
"Dalam perspektif jangka masa panjang , kaedah pembersihan dilihat tidak mencukupi untuk mengurangkan jumlah bakteria di dalam span dapur dan mungkin meningkatkan jumlah bakteria berkaitan RG2.
"Oleh itu , kami mencadangkan cara yang biasa (dan murah) dengan menukar span dapur , sebagai teladan , setiap seminggu sekali." kata kajian itu.
Sumber: Nature.com , DM