Peminat Kagum Neelofa Bakal Muncul Di dalam Majalah Forbes

Kejayaan yang dicapai oleh Neelofa di usia yang muda, menjadi idaman bagi setiap wanita diluar sana. Neelofa menunjukan dia bisa untuk mengukuhkan namanya bukan sahaja di dalam industri hiburan tetapi membina empayar dia sendiri menerusi perniagaannya.

Baru-baru ini, Neelofa ada memuat naik sebuah video di akaun Instagramnya dimana dia sedang menjalani sesi fotografi bagi majalah terkenal luar negara, Forbes. Wah, bukan calang-calang orang yang boleh muncul di dalam majalah berkenaan.

Ramai peminat Neelofa yang cukup teruja dan memuji dia kerana terpilih untuk muncul di Forbes.

Tahniah kami ucapkan kepada Neelofa kerana telah menunjukan bahawa seorang wanita juga boleh sukses sehingga ke tahap yang agak tinggi. Neelofa boleh menjadi wangsit buat wanita-wanita di luar sana untuk tidak terus menyerah dalam apa yang dilakukan.

Sumber http://soeryonopost.blogspot.com