Neelofa: Tindakan Sharnaaz Serang Fattah Tidak Adil

Pelakon dan pengacara Neelofa mengakui ia sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan bakal abang iparnya, Sharnaaz Ahmad yang meluahkan kata-kata seakan “menyerang” Fattah Amin di akaun Twitternya.
Neelofa Tindakan Sharnaaz Serang Fattah Tidak Adil

Menurut Neelofa sebagai seorang selebriti yang tindak tanduknya selalu diperhatikan, Sharnaaz seharusnya bersikap profesional dan seharusnya tidak begitu lantang meluahkan emosinya di media sosial.

Neelofa berpendapat, Sharnaaz seharusnya mengambil tindakan terhadap pihak luar yang sengaja ingin mencetuskan pergaduhan antara ia dan Fattah.

Kenapa perlu serang Fattah? Kenapa tidak menyerang orang yang melaga-lagakan mereka? Tak adil untuk Fattah sebenarnya. Saya harap per­kara sebegini tidak akan berlaku lagi kerana tempiasnya kena pada kami sekeluarga juga. Ambil iktibar dan pengajaran.

Tindakan Sharnaaz yang meluahkan kata-kata lantang di Twitter mendapat perhatian netizen dan menjadi gosip yang agak hangat ahad ini.

Kerana mempersoalkan kredibiliti Fattah, netizen menganggap Sharnaaz terlalu berangasan dalam berbicara dan ia turut mendapatkan pelbagai kecaman di media sosial.

Nampaknya selepas ini Sharnaaz perlu berhati-hati untuk tidak lagi begitu lantang bersuara terhadap sesuatu isu. Kadang-kadang memang akan ada benda buat kita sakit hati, tetapi cuba untuk selesaikannya dengan cara yang lebih baik dan tidak menarik perhatian ramai sehingga menjadi gosip besar.

Sumber http://soeryonopost.blogspot.com